Isnin, 29 Ogos 2016

SAYA KE KEDAI EMAS BERJENAMA KERANA.. - RUHAINIES ; ADA KAITAN DENGAN DATUK RED??



Memang saya ada pergi ke butik Habib Jewels... - Ruhainies
Seringkali terpapar dengan aksi lakonan di kaca televisyen, namun apa yang mengejutkan di dunia luar lebih menjadi tumpuan kepada peminat-peminat pelakon ini.



Pelakon kontroversi Ruhainies menafikan dakwaan kononnya dia mempunyai rancangan untuk berumah tangga dengan ahli perniagaan yang digosipkan dengannya iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red.

Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, berkata, dia memuat naik gambar di sebuah kedai emas jenama terkenal adalah memenuhi undangan bagi pihak tersebut sempena majlis sambutan Hari Kebangsaan.

“Gambar yang saya muat naik ketika di kedai Habib Jewels itu kerana saya diundang untuk majlis mereka baru-baru ini dan mereka minta untuk promosikan di laman sosial Instagram saya."

“Ia tiada kaitannya dengan Datuk Red atau siapa-siapa lelaki pun, bukan saya sahaja, malah ramai artis lain yang turut sertai majlis tersebut,”

Ruhainies menjawab berita di ruangan laman gosip bahawa dia merancang untuk berkahwin dengan suami penyanyi Adira Suhaimi itu selepas memuat naik gambar di sebuah kedai barangan kemas terkenal pada Sabtu lalu.

Tambah pelakon Menantu TingTong ini, dia tidak tahu mengapa gambar tersebut dikaitkan dengan ahli perniagaan itu berikutan dia sudah pun menjelaskan keadaan sebenar kontroversi yang mengaitkan lelaki berkenaan.



“Saya tidak tahu kenapa dikaitkan lagi dengan dia (Datuk Red), mereka buat cerita ni tak takut dosa ke?"

“Semua sudah reda dan tiada yang komen negatif, saya tidak mahu lepas ni hangat balik cerita-cerita tidak betul seperti ini,”

Sementara itu, Ruhainies menambah, dia juga tidak mempunyai hubungan cinta dengan mana-mana lelaki termasuk pelakon gandingannya dalam Menantu TingTong iaitu Azrel Ismail.

Jadi ini sengaja digembar gemburkan oleh sesetengah pihak hanya untuk menaikkan publisiti pelakon penuh kontroversi ini.

Adussayang Barulah Putih!

Ruhainies Share Di IG Keluar Dengan Suami Adira, Datuk Red


KOMEN ANDA SANGAT DIPERLUKAN BAGI KEMAJUAN KAMI UNTUK TERUS BERKARYA.
DIHARAPKAN :
* KOMENLAH DENGAN BAHASA YANG BAIK
* TIDAK ADA UNSUR SPAM, LUCAH
* TIDAK MERUGIKAN ORANG LAIN
* MENUNJUKKAN IDENTITI YANG JELAS BUKAN ANONYMOUS

DIPERKENANKAN :
* KOMEN PROMOSI LINK WEB ANDA
* KRITIK & SARANAN

[PROTECTED] BY DMCA PROTECTION PRO™
EmoticonEmoticon