Selasa, 6 September 2016

RUANGAN MEDIA SOSIAL HAK PERIBADI KAMI!! - RAJA AFIQ & ANIS AL IDRUS




Saya banyak bergambar dengan wanita... - Raja Afiq

Pelakon, Raja Afiq, berharap tiada pihak yang menimbulkan spekulasi mengenai hubungannya dengan Anis Al Idrus berdasarkan Instagram beliau yang tidak langsung memuat naik foto kekasihnya itu. 

Raja Afiq atau nama penuhnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 22, berkata beliau tidak gemar menunjukkan perhubungan cinta yang dijalinkan bersama aktres dan penyanyi itu secara terbuka, sebaliknya lebih selesa ia disimpan sebagai hak peribadi. 

"Saya menggunakan laman sosial sebagai ruang interaksi bersama peminat. Jadi, saya lebih suka memuat naik foto berbentuk rutin harian sebagai seorang pelakon ke laman berkenaan."



"Maka, banyaklah foto saya bersama pelakon wanita yang bekerjasama dengan saya. Apa-apa yang bersifat peribadi, saya akan kurangkan atau langsung tidak berkongsi mengenainya di mana-mana laman sosial."

"Diharap, tiada pihak yang menimbulkan sebarang spekulasi mengenai perhubungan saya dan Anis. Beliau pun tidak kisah gambarnya tiada dalam Instagram saya,"



Bercakap mengenai perkembangan hubungannya dengan wanita itu, Raja Afiq berkata, mereka belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat memandangkan masing-masing ingin memberi fokus terhadap kerjaya. 

"Buat masa ini, saya mahupun Anis mahu mengukuhkan karier sebelum memikirkan masa depan, mendirikan rumah tangga."



"Bagaimanapun, keluarga kami sudah saling mengenali. Insya-Allah, doakan jodoh kami kekal selamanya,"

Jadi segala ruangan media sosial adalah hak milik peribadi sesiapapun dan perlu dihormati oleh semua pihak.

Adussayang Barulah Putih!


Raja Afiq (Kapten Mukhriz) Menyanyi Sambil Bawa Kereta


This Is The Newest Post

KOMEN ANDA SANGAT DIPERLUKAN BAGI KEMAJUAN KAMI UNTUK TERUS BERKARYA.
DIHARAPKAN :
* KOMENLAH DENGAN BAHASA YANG BAIK
* TIDAK ADA UNSUR SPAM, LUCAH
* TIDAK MERUGIKAN ORANG LAIN
* MENUNJUKKAN IDENTITI YANG JELAS BUKAN ANONYMOUS

DIPERKENANKAN :
* KOMEN PROMOSI LINK WEB ANDA
* KRITIK & SARANAN

[PROTECTED] BY DMCA PROTECTION PRO™
EmoticonEmoticon