Jumaat, 2 September 2016

CERITA JANNA NICK DAN JODOH, SUDAH DEKAT TAPI...




"Saya masih muda dan saya ingin..."- Janna Nick

Sewaktu single debutnya, Mungkin Saja dilancarkan sekitar Februari lalu, pelakon Janna Nick tidak meletakkan sebarang harapan terhadap percubaan sulungnya bergelar penyanyi.

Pada pemahaman awal Janna, mungkin khalayak sukar untuk menghadam hala tuju baharunya sebagai pelantun suara, sementelah dirinya tidak pernah dibekalkan dengan ilmu asas dalam bidang muzik.



Bagaimanapun, wanita berusia 21 tahun itu agak terkejut apabila lagu ciptaan Kunci Demak tersebut masih lagi dimainkan rangkaian stesen radio tempatan walaupun telah hampir lapan bulan ia diterbitkan.

Pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner itu melahirkan rasa syukur kerana lagu tersebut masih mendapat tempat dalam kalangan pendengar.

Begitupun, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Syurga Nur itu tidak berhasrat untuk memberi fokus penuh kepada bidang nyanyian.

Kongsi Janna, dunia nyanyian bukan keutamaannya dan dia lebih selesa untuk melihat dirinya dikenali sebagai pelakon yang berjaya.



Janna Nick baru sahaja dilantik sebagai duta produk kecantikan.

"Sebenarnya, saya memang tidak gemar melaram dan jika perlu bersiap, saya akan pastikan ia tidak keterlaluan. Justeru, apabila dilamar oleh FCC dan melihat produknya juga tidak sarat, saya pun bersetuju bergelar duta mereka."

Janna jua tidak menolak kemungkinan membuat single kedua untuk lagunya.

"Saya memang teringin untuk merakamkan single baharu. Namun, bidang nyanyian bukanlah keutamaan buat masa ini. Saya mahu fokus kepada lakonan terlebih dahulu. Bagaimanapun, saya tidak menolak untuk terus menyanyi, lebih-lebih lagi jika lagu yang diberikan sesuai dengan saya."




"Saya anggap nyanyian sebagai sebuah ‘pelarian’ dan saya berasa sungguh senang jika orang lain turut terhibur dengan apa disampaikan."

"Benar, saya tidak menyasarkan sebarang pencapaian atau anugerah untuk bidang ini. Ia berbeza jika melibatkan bidang lakonan apabila saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merangkul anugerah dan pengiktirafan."

Janna jua tidak menolak kemungkinan mendapat kerja cabang lain industri hiburan.

"Pada pandangan saya, cukuplah dua karier yang berjalan secara serentak. Jika ada tawaran seperti pengacaraan atau apa sahaja yang bersesuaian, mungkin saya akan pertimbangkan."

Janna masih lagi dikatakan bujang dan belum berpunya.

"Saya masih muda, banyak perkara yang ingin saya cuba. Jika sudah sampai jodoh, saya tidak akan menolak. Buat masa ini, saya selesa untuk fokus kepada karier sebagai seorang pelakon."

Adussayang Barulah Putih!

JANNA NICK - Mungkin Saja (LIVE) - Akustik Hot - #HotTV


KOMEN ANDA SANGAT DIPERLUKAN BAGI KEMAJUAN KAMI UNTUK TERUS BERKARYA.
DIHARAPKAN :
* KOMENLAH DENGAN BAHASA YANG BAIK
* TIDAK ADA UNSUR SPAM, LUCAH
* TIDAK MERUGIKAN ORANG LAIN
* MENUNJUKKAN IDENTITI YANG JELAS BUKAN ANONYMOUS

DIPERKENANKAN :
* KOMEN PROMOSI LINK WEB ANDA
* KRITIK & SARANAN

[PROTECTED] BY DMCA PROTECTION PRO™
EmoticonEmoticon