Ahad, 28 Ogos 2016

AKHIRNYA ZIZAN RAZAK DEDAHKAN PENYAKITNYA!!!




Saya ingin sembuh...- Zizan Razak

Sakit atau penyakit tidak mengenal sesiapapun dan ia datang tanpa diundang malahan boleh menyebabkan sistem badan menjadi lemah

Begitu jua dengan apa yang terjadi kepada penghibur lawak tersohor di Malaysia, Zizan Razak yang diserang 'sakit' beberapa hari yang lalu.

Jadual kerja padat menyebabkan pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak jatuh sakit beberapa jam sebelum mengacarakan program realiti Akademi Fantasia (AF) 2016, malam ini.



Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 32, mendakwa ototnya mengalami tekanan kerana bekerja tanpa rehat.

“Cepat sembuh Zizan Razak… Malam ini, Akademi Fantasia (AF) pulak. Zizan kena kuat okay… Tak mahu lembik-lembik,”

Zizan meluahkan keluhan melalui status pada akaun Instagram.

Zizan memberitahu, doktor menjelaskan dia menggunakan tenaga melebihi had sehingga mendatangkan tekanan kepada otot.

“Seperti mana tuan badanpun kadang kala stress juga. Doakan Zizan sembuh okay,”

Selain Zizan, Alif Satar yang berganding dengan pelawak itu sebagai pengacara, menjadi trending di laman sosial Twitter selepas diumumkan sebagai hos pada konsert pertama AF2016, Ahad lalu.



Menerusi hashtag #AF2016, ramai yang memuji kredibiliti Alif sebagai seorang pengacara. Malah, ada yang menganggap cara aktor itu mengendalikan program realiti terbabit jauh lebih baik berbanding Zizan.

Sebarang yang berlaku ada hikmah-Nya yang tersembunyi atau tersurat, supaya senantiasa mendekatkan diri pada Allah, InsyaAllah!!!

Adussayang Barulah Putih!

Ustaz Azhar Idrus & Zizan: Main Gitar Jangan Sampai Jadi Najis


KOMEN ANDA SANGAT DIPERLUKAN BAGI KEMAJUAN KAMI UNTUK TERUS BERKARYA.
DIHARAPKAN :
* KOMENLAH DENGAN BAHASA YANG BAIK
* TIDAK ADA UNSUR SPAM, LUCAH
* TIDAK MERUGIKAN ORANG LAIN
* MENUNJUKKAN IDENTITI YANG JELAS BUKAN ANONYMOUS

DIPERKENANKAN :
* KOMEN PROMOSI LINK WEB ANDA
* KRITIK & SARANAN

[PROTECTED] BY DMCA PROTECTION PRO™
EmoticonEmoticon