Sabtu, 27 Ogos 2016

WARDINA KE SAYA YANG TERANIAYA NI???...- DATO USTAZ KAZIM ELIAS




Saya ke dia yang teraniaya?? - DUKE

Isu keagamaan sering dipandang enteng oleh segelintir masyarakat namun jika berlaku segala perselisihan haruslah dirapat umumkan supaya tidak timbul gejala fitnah sesama ummat.

kejadian yang tak terduga sering berlaku sekiranya terdapat perselisihan yang boleh mengundang kejatuhan air muka seseorang.

Begitu jua apa yang terjadi kepada penceramah tersohor negara, Dato Ustaz kazim Elias atau dikenali sebagai DUKE dengan salah seorang selebriti aktivis Islam Malaysia, Wardina.

Percanggahan yang berlaku disebabkan ada pergeseran pendapat yang kadang-kadang tak tercapai dengan fikiran lijik masyarakat.



Ikuti temubual bersama DUKE.

“Saya mengambil keputusan untuk membuat laporan ini kerana mempertahankan diri saya dise­babkan ada komen-komen negatif yang secara langsung dapat disifatkan itu adalah saya,”

Pada masa sama, Mohd. Kazim turut berharap netizen yang me­nulis komen di Facebook mereka supaya berhati-hati dan tidak bertindak sesuka hati dalam isu tersebut.

Terdahulu, Mohd. Kazim dalam sidang akhbar khasnya berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mencemarkan imejnya dan pusat pendidikan tersebut dengan menyebarkan fitnah di laman sosial.

Menurutnya, sebagai seorang pen­ceramah bebas, beliau semema­ng­nya sentiasa dikecam, difitnah dan dibangkitkan kemarahan namun isu kali ini tidak lagi melibatkannya seorang malah agama Islam dan hufaz-hufaz muda di sekolah itu.

“Saya melihat isu ini bukan setakat dakwaan cabul dan gangguan seksual sahaja tetapi usaha untuk mencemarkan imej Islam, sekolah tahfiz dan imej pence­ramah agama."

“Jika melihat ada kecenderu­ngan untuk mencemarkan imej, mengapa tidak diambil tindakan. Saya perlu ambil tindakan untuk membersihkan nama kerana ini menjejaskan reputasi dan air muka saya yang berceramah di seluruh negara."

“Saya akan berbincang dengan pihak sekolah dan peguam untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku komplot bagi menjatuhkan sekolah dan saya sendiri,"



Semoga apa yang berlaku menjadi sebagai natijah kehidupan yang berhikmah dan tidak menjatuhkan martabat mana-mana yang terlibat. InsyaAllah.

Adussayang Barulah Putih!

Makcik Nak Cari MENANTU..Wajib Ada 2 Sifat Ni - Ustaz Kazim Elias Latest 2016


KOMEN ANDA SANGAT DIPERLUKAN BAGI KEMAJUAN KAMI UNTUK TERUS BERKARYA.
DIHARAPKAN :
* KOMENLAH DENGAN BAHASA YANG BAIK
* TIDAK ADA UNSUR SPAM, LUCAH
* TIDAK MERUGIKAN ORANG LAIN
* MENUNJUKKAN IDENTITI YANG JELAS BUKAN ANONYMOUS

DIPERKENANKAN :
* KOMEN PROMOSI LINK WEB ANDA
* KRITIK & SARANAN

[PROTECTED] BY DMCA PROTECTION PRO™
EmoticonEmoticon