Ahad, 28 Ogos 2016

UQASHA SENROSE TIDAK BERHIJAB?? AKUI BUKAN MEMPERSENDAKAN AGAMA...




Saya mengaku Khilaf... - Uqasha Senrose

Manusia yang diciptakan oleh pencipta, mempunyai akal fikiran dan haruslah dibimbing mengikut norma-norma kehidupan yang diselaputi oleh pendidikan agama supaya segala tindakan yang dilakukan dapat menjaga maruah seseorang.

Hal yang terjadi di dalam industri hiburan Malaysia seringkali bergolak apabila berlakunya ulasan atau pernyataan yang panas di gegendang telinga mahupun mata pembaca apabila isu agama dipalitkan.

Sudah tidak asing lagi pelakon yang bernama Uqasha Senrose, cukup di kenali dalam arena hiburan tanah air, kerana seringkali muncul dalam kaca televisyen melalui drama-drama yang boleh dikatakan popular.




“Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan.”

Begitulah luahan hati pelakon jelita, Uqasha Senrose, 23, yang membuat pengakuan bahawa dirinya sudah tidak lagi bertudung selepas tiga tahun berhijab.

Akui pelakon teater Ombak Rindu ini, sejak berhijab, imannya tidak tetap.

“Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang."

“Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi."

“Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai,”

Uqasha membenarkan wajah terbaharunya dirakamkan tetapi dalam keadaan berselendang biarpun pada hakikatnya, dia sudah kembali kepada penampilan asal.



Tegas Uqasha lagi, khilaf dirinya itu bukan kerana mahu mempermainkan agama.

“Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan,”

Kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose ini bersedia menerima apa saja kemungkinan selepas mengaku tidak lagi berhijab termasuk cercaan dan kecaman netizen.



Bagi Uqasha, dia lebih rela dihukum manusia daripada terus hidup kepura-puraan.

Sebelum ini, Uqasha pernah dikecam selepas gambarnya tidak bertudung dan seksi ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand, tersebar.

Kita sebagai pemerhati dunia artis ini, dan jua peminat-peminat haruslah menilai mana yang baik mahupun buruk supaya tidak berlakunya tindakan-tindakan di luar kemampuan kewarasan seseorang untuk melawan kuasa Allah. 

Adussayang Barulah Putih!

Uqasha Senrose Menari Punggung Melentik ! #justforfun 😘 #nohatersplease


KOMEN ANDA SANGAT DIPERLUKAN BAGI KEMAJUAN KAMI UNTUK TERUS BERKARYA.
DIHARAPKAN :
* KOMENLAH DENGAN BAHASA YANG BAIK
* TIDAK ADA UNSUR SPAM, LUCAH
* TIDAK MERUGIKAN ORANG LAIN
* MENUNJUKKAN IDENTITI YANG JELAS BUKAN ANONYMOUS

DIPERKENANKAN :
* KOMEN PROMOSI LINK WEB ANDA
* KRITIK & SARANAN

[PROTECTED] BY DMCA PROTECTION PRO™
EmoticonEmoticon