Saya bertudung kerana ALLAH!!
Isu panas begini dari segi kebebasan beragama amatlah tidak wajar dipersoalkan di mana-mana sudut dunia kerana ia boleh menyebabkan ketegangan antara agama-agama di seluruh dunia.
Hal ini kerana masih wujud lagi sentimen-sentimen keagamaan yang menebal dalam tidak persetujuan kebebasan beragama di kalangan manusia.
Mutakhir ini ketegangan yang berleluasa amatlah merungsingkan dan jua boleh menular di mana-mana tempat jika tidak dibendung.
Pelarian wanita Palestin yang diupah sebagai pelatih di pejabat Datuk Bandar di Jerman, dipecat pada hari pertama bekerja kerana enggan menanggalkan tudungnya.
Datuk Bandar Luckenwalde, Elisabeth Herzog-von der Heide, memecat pelatih berusia 48 tahun itu selepas sehari kerana pendirian tegasnya tidak mahu menanggalkan tudung, lapor akhbar The Local.
“Tudung adalah cara menyatakan pandangan agama,” Elisabeth Herzog-von der Heide
Oleh itu, katanya, memakai tudung melanggar prinsip dewan bandar raya itu, yang tidak membenarkan pemakaian salib.
Wanita Palestin itu diupah untuk projek ‘Perspectives for Refugees’ dan dijangka bekerja di situ selama enam minggu.
Katanya, beliau enggan menanggalkan tudung di depan lelaki, dan Herzog-von der Heide berkata mereka tidak dapat menyediakan suasana bekerja yang sesuai untuknya.
Wakil Parlimen dan parti CDU pimpinan Canselor Jerman, Angela Merkel, Sven Petke, mengecam Datuk Bandar parti Sosial Demokrat berikutan pemecatan itu.
“Tiada asas perundangan untuk keputusan itu,”
Menjelaskan apa yang tersirat oleh Penke, Mahkamah Perlembagaan Jerman memutuskan kepercayaan peribadi dan hubungan dengan beberapa jenis pemakaian tidak boleh dihalang.
“Ia sesuatu yang berbeza berbanding salib di dinding,”
Bagaimanapun, anggota parti berhaluan kanan, AfD, memuji keputusan memecat pelatih berkenaan.
Memakai tudung di tempat kerja, terutama di sektor perundangan atau awam, menjadi perbahasan panas di seluruh negara itu.
Maka apa yang boleh digarapkan agar penghormatan antara agama perlu wujud supaya keadaan dapat digapai dengan keharmonian dan kestabilan, dan tidak dilakukan sewenag-wenangnya mengikut hawa nafsu semata-mata.
Adussayang Barulah Putih!
Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Azhar Idrus di MSSAAS
KOMEN ANDA SANGAT DIPERLUKAN BAGI KEMAJUAN KAMI UNTUK TERUS BERKARYA.
DIHARAPKAN :
* KOMENLAH DENGAN BAHASA YANG BAIK
* TIDAK ADA UNSUR SPAM, LUCAH
* TIDAK MERUGIKAN ORANG LAIN
* MENUNJUKKAN IDENTITI YANG JELAS BUKAN ANONYMOUS
DIPERKENANKAN :
* KOMEN PROMOSI LINK WEB ANDA
* KRITIK & SARANAN
[PROTECTED] BY DMCA PROTECTION PRO™
EmoticonEmoticon