Jumaat, 26 Ogos 2016

FENOMENA AWAN HITAM BERGULUNG YANG MENCEMASKAN, APA PETANDANYA KEPADA KITA?





Awan bergulung ialah awan yang rendah, mengufuk, berbentuk tiub dan merupakan jenis awan arkus yang agak jarang dilihat.

Awan gulung biasanya kelihatan seperti 'menggulung' pada satu paksi mengufuk. Awan bergulung boleh diibaratkan seperti satu gelombang tunggal atau satu soliton yang merupakan suatu gelombang yang mempunyai satu rabung dan bergerak tanpa mengubah kelajuan atau bentuk.

Awan bergulung ini adalah formasi awan rendah mendatar yang dikaitkan dengan bahagian pinggir aliran keluar ribut petir, atau aliran keluar udara dingin dari bayu laut atau perenggan sejuk tanpa kehadiran ribut. 



Awan bergulung dan awan separa merupakan dua jenis awan arkus, tetapi dengan perbezaan besar dalam penghasilan dan rupa mereka.

Aku bertaubat pada-Mu, Ya Allah!!!

Penduduk sekitar Langkap, Pasir Salak di sini dikejutkan dengan fenomena pembentukan awan luar biasa sehingga membimbangkan mereka yang rata-ratanya sedang bersiap untuk keluar bekerja dan sekolah semalam.



Fenomena awan yang dikenali sebagai garis badai itu dikesan berlaku sekitar pukul 7 pagi sebelum diikuti dengan tiupan angin kuat dan hujan.

Seorang penduduk, Rashimah Mohd. Syed, 50, berkata, ketika itu dia sedang berada di luar untuk membeli barangan dapur sebelum terlihat kejadian tersebut.



“Waktu itu kira-kira pukul 7.45 pagi. Tiba-tiba badan saya rasa sejuk dan serentak dengan itu angin bertiup dengan begitu kuat.

“Saya pandang ke langit dan ternampak kumpulan awam hitam yang sungguh luar biasa,”

Pada waktu itu orang ramai yang turut melihat kejadian tersebut masing-masing pa­nik dan hanya mendiamkan diri.

Kejadian awan yang membentuk seolah-olah seperti ombak itu merupakan yang pertama kali berlaku di daerah berkenan sejak dia tinggal di situ lebih 10 tahun lalu.



Adussayang Barulah Putih!



Fenomena Alam Aneh Awan Tsunami Di Sydney Australia


KOMEN ANDA SANGAT DIPERLUKAN BAGI KEMAJUAN KAMI UNTUK TERUS BERKARYA.
DIHARAPKAN :
* KOMENLAH DENGAN BAHASA YANG BAIK
* TIDAK ADA UNSUR SPAM, LUCAH
* TIDAK MERUGIKAN ORANG LAIN
* MENUNJUKKAN IDENTITI YANG JELAS BUKAN ANONYMOUS

DIPERKENANKAN :
* KOMEN PROMOSI LINK WEB ANDA
* KRITIK & SARANAN

[PROTECTED] BY DMCA PROTECTION PRO™
EmoticonEmoticon