Sabtu, 27 Ogos 2016

KALAU INI JODOH SAYA, SAYA TERIMA...- FATTAH AMIN




Saya sedia terima...- Fattah Amin

Setelah berakhirnya cerita cinta Fattah Amin dan juga bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim yang didakwa bakal menjadi isteri ketiga pelakon Asyraff Muslim, Fattah cuba untuk mengalihkan kekecewaannya itu dengan melakukan sesuatu yang normal dia lakukan.

Siapa yang tidak kenal pelakon yang jua pernah memanaskan isu kontroversi di arena industri hiburan tanahair ini.

Untuk teruskan segala kehidupan tanpa teman ini, Fattah dikhabarkan tidak akan menolak sebaran tawaran berlakon yang dikemukakan oleh mana-mana produser.

Dalam pada itu, Fattah berkata, dia enggan lagi memikirkan soal itu dan ingin memberi fokus kepada karier lakonannya.

“Fokus saya adalah meneruskan kehidupan selain memberi tumpuan kepada kerjaya,”

Sementara itu, Fattah memberitahu dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem KL Special Forces disamping Datuk Rosyam Nor dan Syamsul Yusof.

Katanya, walaupun penggambaran mengambil masa hampir tiga bulan namun dia berasa puas kerana dapat berlakon disamping Rosyam yang juga idolanya.

“Jujur saya katakan memang penat kerana tempoh penggambaran yang agak panjang namun semuanya amat berbaloi."

“Saya rasa diri saya kerdil sangat tetapi pada masa sama banyak ilmu yang saya kutip daripada pengalaman berlakon filem ini,”



Tambahnya, dia bakal memasuki set penggambaran drama bersiri Suri Hati Mr Pilot bergandingan dengan Neelofa.

Adussayang Barulah Putih!

Fattah Amin - Hero Untuk Mu Lyrics MV


KOMEN ANDA SANGAT DIPERLUKAN BAGI KEMAJUAN KAMI UNTUK TERUS BERKARYA.
DIHARAPKAN :
* KOMENLAH DENGAN BAHASA YANG BAIK
* TIDAK ADA UNSUR SPAM, LUCAH
* TIDAK MERUGIKAN ORANG LAIN
* MENUNJUKKAN IDENTITI YANG JELAS BUKAN ANONYMOUS

DIPERKENANKAN :
* KOMEN PROMOSI LINK WEB ANDA
* KRITIK & SARANAN

[PROTECTED] BY DMCA PROTECTION PRO™
EmoticonEmoticon