Segala yang berlaku di sekililing artis-artis selalu dijadikan bahan intipan dan jua bauh cerita dikalangan peminat mahupun pemerhati mereka.
Disebabkan itu jua, segala berita-berita hangat dan terkini artis tersebut boleh mengundang minat yang mendalam untuk diketahui umum.
Semestinya, tiada apa yang lebih menggembirakan pasangan baru berkahwin saat isteri tercinta disahkan hamil. Mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lepas, bunga-bunga cinta dalam kehidupan pasangan popular penyanyi Akim dan Stacy kini bertambah mekar dengan berita kehamilan si isteri.
Teruja dengan khabar tersebut, vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad lantas membuat pengumuman isterinya, Ummu Shaikhah Stacy Anam atau lebih mesra dengan gelaran Stacy kini sedang berbadan dua.
Lebih manis, pengumuman tersebut dibuat ketika Akim atau nama lengkapnya, Afiq Akim Ahmad, 25, memberi ucapan sempena ulang tahun yang ke-26 Stacy di Instagram miliknya.
"Terima kasih, usia kandungan saya kini sudah mencecah tiga bulan. Saya baru sahaja mengetahuinya sejak sebulan yang lepas setelah merasai beberapa perubahan pada diri."
Jika dilihat beberapa pasangan lain, ada di antara mereka yang sengaja mengunci mulut tidak mahu berkongsi kepada peminat, lebih-lebih lagi ketika usia kandungan masih berada pada fasa awal. Bagaimanapun, Stacy dan Akim sebaliknya, mengapa?
"Pada mulanya kami memang tidak mahu mengumumkan kepada sesiapa, tetapi setelah ramai pihak mula bertanya dan melihat perubahan perut saya, jadi kami pun bersetuju untuk berkongsi berita gembira ini kepada semua pihak. Tujuan lain pengumuman ini dibuat adalah agar tawaran kerja yang datang selepas ini dapat disesuaikan dengan keadaan saya yang sedang berbadan dua."
Bagaimana dengan reaksi Akim dan anak angkat Stacy, Bella ketika mengetahui hamil?
"Tentulah Akim antara orang yang paling gembira dan teruja. Anak saya, Bella juga begitu. Bahkan, Bella sering menyuarakan perasaan teruja dan berharap bayi kami keluar dengan segera. Jika boleh, dia ingin bayi kami keluar hari ini."
Stacy mengalami sebarang alahan pada awal usia kandungan ini?
"Boleh dikatakan, saya bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang alahan mahupun muntah-muntah yang teruk. Setakat ini, segalanya masih berjalan seperti biasa."
Apakah perubahan lain yang ada rasa semenjak disahkan hamil?
"Perubahan ketara yang saya rasa adalah selera makan semakin bertambah. Jika dahulu saya menggemari makanan masam, tetapi sekarang ia terbalik kerana lebih menggemari makanan manis. Bagaimanapun, saya masih mengawalnya."
Sejak disahkan hamil, bagaimana layanan Akim terhadap Stacy?
"Tidak banyak berbeza kerana saya tidak mahu terlalu memanjakan diri. Bagaimanapun, Akim selalu berpesan agar saya menjaga diri dan berhati-hati dalam setiap perkara serta beringat terhadap perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan saya."
Adakah Stacy mempunyai sebarang perancangan untuk berehat atau memperlahankan aktiviti seni?
Maka terjawablah apa yang terbelenggu dalam diri Stacy dan Akim bahawasanya kehidupan berkeluarga itu indah!
"Buat masa ini saya tiada masalah untuk bekerja dan masih meneruskannya seperti biasa. Cuma saya sudah kurangkan melakukan kerja-kerja berat. Saya mungkin akan bekerja selagi mampu sebab tidak mahu terlalu manjakan diri. Jika sampai suatu masa saya terpaksa menolak semua tawaran, itu bermakna saya sudah tidak mampu dari segi fizikal dan mental."
Adussayang Barulah Putih!
Anugerah MeleTOP Era 2016: Akim & Stacy
KOMEN ANDA SANGAT DIPERLUKAN BAGI KEMAJUAN KAMI UNTUK TERUS BERKARYA.
DIHARAPKAN :
* KOMENLAH DENGAN BAHASA YANG BAIK
* TIDAK ADA UNSUR SPAM, LUCAH
* TIDAK MERUGIKAN ORANG LAIN
* MENUNJUKKAN IDENTITI YANG JELAS BUKAN ANONYMOUS
DIPERKENANKAN :
* KOMEN PROMOSI LINK WEB ANDA
* KRITIK & SARANAN
[PROTECTED] BY DMCA PROTECTION PRO™
EmoticonEmoticon