Jumaat, 26 Ogos 2016

DIGILIS LORI MAUT KETIKA BERMAIN POKEMON GO! LAGI...





LEKA BERMAIN GAMES ONLINE NI...
Dalam kehidupan seharian yang semakin mencapai kecanggihan mutlak mutakhir ini, ramai pengguna telefon pintar mengalihkan perhatian kepada kesibukkan duniawi dengan mencuba pelbagai aplikasi yang boleh menghiburkan hati sendiri.

Berlaku jua perkara-perkara yang tak terduga dek akal, malahan ajal jua boleh dijemput ketika melakukan sebarang keseronokan.

Terdengar lagi kes yang boleh membuatkan permainan ini menyebabkan berlaku kecuaian yang boleh meragut jiwa insani tanpa belas kasihan.

Seorang pemandu trak yang sibuk melayani permainan Pokemon Go melanggar dua wanita menyebabkan salah seorang daripada mereka terbunuh, manakala seorang lagi tercedera.

Kematian itu dikatakan pertama kali berlaku di Jepun yang dikaitkan dengan permainan yang kini menjadi kegilaan orang ramai di seluruh dunia.

Pemandu tersebut mengakui dia cuai ketika memandu gara-gara permainan itu.

Saya cuai, maafkan saya..

Dia ditahan kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan, kata jurucakap polis wilayah Tokushima.



“Pemandu berkenaan masih ditahan. Setakat ini, tiada sebarang keputusan dibuat sama ada untuk meneruskan pendakwaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, seorang jurucakap syarikat Niantic yang membangunkan permainan itu dengan kerjasama syarikat permainan video Pokemon, Nintendo pula berkata, pihaknya telah menambahkan peranti pada skrin Pokemon Go.

Permainan itu akan mengesan peningkatan kelajuan seseorang dan kemudian akan meminta pengesahan sama ada seseorang itu memandu atau sebaliknya.

Permainan Pokemon Go yang semakin popular di seluruh dunia turut menyebabkan orang ramai membanjiri sesuatu tempat dan kawasan awam kerana pengguna sibuk memburu makhluk maya.

Jadi kepada peminat-peminat Game ini diharapkan jangan terleka dengan alam realiti ye?



Adussayang Barulah Putih!


JANGAN TIRU AKSI INI! | Pokémon Go Malaysia #1


KOMEN ANDA SANGAT DIPERLUKAN BAGI KEMAJUAN KAMI UNTUK TERUS BERKARYA.
DIHARAPKAN :
* KOMENLAH DENGAN BAHASA YANG BAIK
* TIDAK ADA UNSUR SPAM, LUCAH
* TIDAK MERUGIKAN ORANG LAIN
* MENUNJUKKAN IDENTITI YANG JELAS BUKAN ANONYMOUS

DIPERKENANKAN :
* KOMEN PROMOSI LINK WEB ANDA
* KRITIK & SARANAN

[PROTECTED] BY DMCA PROTECTION PRO™
EmoticonEmoticon