Ini berikutan, bil elektrik bagi bulan Ogos yang diterima oleh Musfirah Ezzah itu, nombor akaunnya berlainan dengan nombor akaun yang dipamerkan pada bil bulan-bulan sebelumnya.
"Tadi bersembang-sembang dengan ayah. Ayah kata nanti kalau nak bayar bil elektrik bulan Ogos ini, kena berhati-hati sikit. Tengok nombor akaun kita dulu sebelum bayar. Ayah cerita, semasa dia mahu membayar bil elektrik bagi bulan Ogos menggunakan Maybank2u (M2U), dia terasa pelik bila nombor akaun yang telah ditetapkan sebagai 'favourite' berlainan dengan nombor akaun yang tertera pada kertas bil bulan Ogos."
"Lalu saya pun mengumpul bil-bil elektrik rumah ayah untuk bulan Jun, Julai dan Ogos. Ya, memang betul. Nombor akaun Jun dan Julai adalah sama, tetapi Ogos, lain pula nombornya. Jumlah yang tertera pada bil bulan Ogos adalah dua kali ganda, seolah-olah kami tidak membuat pembayaran pada bulan Julai. Dalam bil bulan Ogos, tertera jumlah terdahulu sebanyak RM131.75. Mana datang pula RM131.75 itu? Padahal ayah memang bayar dengan tepat, RM54.95 bagi bulan Julai,"
Justeru, beliau meminta orang ramai menyemak nombor akaun bil elektrik masing-masing, bimbang terbayar bil pengguna yang lain. Musfirah juga memaklumkan bahawa TNB sedang beralih ke sistem baru, yang mungkin mengakibatkan berlaku sedikit ralat dan menimbulkan kesulitan pada pengguna.
Ekoran itu, mereka mengambil keputusan untuk menangguh membuat pembayaran dan menunggu bil bagi bulan September untuk mengetahui jumlah bayaran terbarunya kelak.
Adakah saya teraniaya? - Musfirah
Sistem baru tersebut akan membolehkan pelanggannya membuat pelbagai transaksi dan mengakses maklumat yang berkaitan secara online di sebuah portal bersepadu.
Bagi pengguna yang membuat pembayaran melalui internet banking, pengguna perlu mendaftar semula dengan menggunakan nombor akaun baru di ruangan Favourite Bill Payment, kecuali pengguna Maybank2u dan Bank Islam.
Semasa proses peralihan ke sistem baru itu, sebilangan pengguna mungkin akan menerima bil lewat dari kebiasaan. Ada juga yang menerima bil secara anggaran yang akan diserahkan sama ada secara pos atau serahan tangan oleh pembaca meter. Bil secara anggaran ditentukan oleh sistem dan pelanggan akan menerima bil seperti biasa sebaik proses peralihan selesai.
Jadilah pengguna yang bijak supaya kita dapat menilai penggunaan yang patut untuk diri sendiri.
Adussayang Barulah Putih!
KOMEN ANDA SANGAT DIPERLUKAN BAGI KEMAJUAN KAMI UNTUK TERUS BERKARYA.
DIHARAPKAN :
* KOMENLAH DENGAN BAHASA YANG BAIK
* TIDAK ADA UNSUR SPAM, LUCAH
* TIDAK MERUGIKAN ORANG LAIN
* MENUNJUKKAN IDENTITI YANG JELAS BUKAN ANONYMOUS
DIPERKENANKAN :
* KOMEN PROMOSI LINK WEB ANDA
* KRITIK & SARANAN
[PROTECTED] BY DMCA PROTECTION PRO™
EmoticonEmoticon