Beta terima nikahnya... - Sultan Selangor
Jodoh dan maut adalah semua ketentuan kuasa Allah, begitulah jua manusia sebagai hamba-Nya perlulah menerima seadanya apa yang berlaku di sekitaran dan sekeliling sejagat dalam menjaga keharmonian hidup.
Hidup berpasangan merupakan fitrah manusia dalam mengekalkan keturunan dan membina masyarakat yang bertamadun seiring dengan syariat Islam.
Hidup berpasangan merupakan fitrah manusia dalam mengekalkan keturunan dan membina masyarakat yang bertamadun seiring dengan syariat Islam.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijab kabul dengan pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 31 Ogos lepas.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin dan Norashikin dinikahkan oleh Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam majlis pernikahan yang sederhana dan ringkas atas titah baginda.
Munir berkata pernikahan turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Selangor Dr Anhar Opir; Al Fadil Imam Paduka Mohd Rasid Mahful; Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar; Ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin dan bapa serta anggota keluarga pengantin perempuan.
Sultan Sharafuddin dilahirkan di Istana Jema’ah Klang (kini Kolej Islam Sultan Alam Shah) pada 24 Dis 1945.
Ini adalah pernikahan ketiga Sultan Selangor selepas mendirikan rumah tangga dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal pada 1968 tetapi bercerai pada 1986 dan kemudian berkahwin dengan Puan Nur Lisa Abdullah (rakyat Amerika) tetapi berpisah pada 1997.
Baginda mempunyai dua puteri dan seorang putera iaitu Tengku Zerafina,Tengku Zatashah dan Tengku Amir (kini Raja Muda Selangor).
Norashikin, 45, yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik.
Beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005).
Adussayang Barulah Putih!
Sultan Selangor temu jodoh pembaca berita RTM
KOMEN ANDA SANGAT DIPERLUKAN BAGI KEMAJUAN KAMI UNTUK TERUS BERKARYA.
DIHARAPKAN :
* KOMENLAH DENGAN BAHASA YANG BAIK
* TIDAK ADA UNSUR SPAM, LUCAH
* TIDAK MERUGIKAN ORANG LAIN
* MENUNJUKKAN IDENTITI YANG JELAS BUKAN ANONYMOUS
DIPERKENANKAN :
* KOMEN PROMOSI LINK WEB ANDA
* KRITIK & SARANAN
[PROTECTED] BY DMCA PROTECTION PRO™
EmoticonEmoticon